بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

20 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Patut Tahu | Tanda kehamilan, satu ilmu kewanitaan yang wajib semua wanita baligh tahu. 

Remaja juga wajib tahu tentang tanda-tanda ini. Ini satu ilmu wajib bagi wanita dan bagi lelaki yang sudah baligh. 

Bagi wanita yang berkahwin, sudah pasti wajib tahu kerana pasti setiap pasangan berkahwin, inginkan anak selepas berkahwin. Selepas diijabkabulkan, pastinya teruja menunggu saat berita kehamilan ini. 

Nak mudah, beli UPT sahaja, tapi sebenarnya sebelum hamil sebagai wanita, badan sudah menunjukkan beberapa tanda bahawa ada nyawa baru di dalam rahim. 

Perubahan-perubahan ini kadangkala kita perasan, tapi ada kalanya kita anggap biasa. 

Jom, kita lihat apakah tanda awal kehamilan yang wanita patut tahu. 

Di sini, penulis senarai 20 tanda awal kehamilan yang wanita patut tahu, berdasarkan pengalaman penulis sendiri... dan ada juga pengalaman rakan-rakan penulis, ibu-ibu dan juga melalui pembacaan di media sosial. 

20 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Patut Tahu

Tanda tanda mengandung 1: Terlepas tarikh haid

Tanda tanda mengandung ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur.


Tetapi boleh buat anggaran berapa lama maksimum masa lambat datang bulan dan bandingkan. Mereka yang hamil akan berhenti mengalami haid sehingga selepas bersalin.


Tanda awal mengandung 2: Spotting/keluar darah sedikit

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/Bleeding or spotting while pregnant.jpg Beza "spotting" atau pendarahan semasa hamil  bila anda patut risau?
Ramai wanita yang terlepas tanda awal kehamilan ini kerana menyangka mereka "datang haid" seperti biasa, sedangkan hanya tompokan darah sedikit saja yang keluar.

Tompokan darah sedikit ini dikenali sebagai spotting - dab biasanya tidak terlalu banyak hingga memenuhi pantyliner. Kenapa ia berlaku? Ia kerana telur cuba melekat pada lapisan dalam rahim, lalu mengakibatkan spotting.

Tanda tanda mengandung 3: Kejang perut

Salah satu tanda yang biasanya di alami di awal kehamilan ialah mengalami kekejangan di bahagian perut.  Ini kerana, penempelan sedang berlaku di dalam rahim dan perubahan ini kadang-kala menyebabkan kekejangan.


Tanda awal mengandung 4: Mengidam makanan yang bukan-bukan

Alamak! Kenapa tetiba mengidam nak makanan yang ternampak kat facebook pula tiba-tiba ni... Ha, itu satu lagi tanda awal kehamilan. 

Ada kes suami yang tiba-tiba mengidam. Tapi selalunya, si isteri memang akan mengidam teruk! Mengidam ni, bukan biasa-biasa... terliur dan teringat-ingat kalau tak dapat.

Makanan yang sebelum ini tidak pernah disukai pun tiba-tiba boleh mengidam.

Kalau  alami alahan yang teruk seperti mual, jeruk selalu menjadi makanan mengidam yang boleh mengatasinya. Namun hati-hati ya, jeruk ada pelbagai kandungan pengawet dan garam. Ia beri kesan yang tidak elok pada anak jika diamalkan selalu. Boleh ganti rasa masam tu dengan jambu batu atau epal hijau.

Tanda tanda mengandung 5: Perubahan mood yang mendadak

Dalam perkataan lain 'mood swing'. Wanita sangat sinonim dengan perubahan mood yang mendadak di awal kehamilan.

Ini kerana, mereka sedang mengalami perubahan hormon yang mendadak. Jadi, perubahan mood adalah salah satu simptom yang normal. Perubahan ni juga biasa berlaku bagi wanita yang amali Pra Haid setiap bulan. Tapi mood swing mengandung ni lain macam sikit.

Tanda tanda mengandung 6: Perubahan selera makan

Terdapat dua kategori, sama ada anda menjadi semakin berselera makan atau langsung tidak berselera makan.

Sesetengah wanita akan mengalami alahan semasa hamil yang menyebabkan mereka muntah-muntah dan hilang selera makan semasa trimester pertama. Namun, 1 per 3 dari wanita hamil bernasib baik kerana tidak akan melalui alahan seperti ini.

Anda kategori yang mana?


Tanda tanda mengandung 7: Cepat letih dan lesu

Disebabkan badan sedang mengalami perubahan hormon dan fizikal, wanita hamil akan lebih mudah rasa penat dan lesu.

Mereka akan mula banyak tidur dan berehat kerana tidak bertenaga. 

Adakalanya, jadi malas dan suka tidur. Jadi, suami jangan marah pula ye... Mesti something wrong la tu... Belikan UPT test tengok. 


Tanda awal mengandung 8: Badan rasa panas

Semuanya kerana perubahan suhu badan yang akan berlaku ketika ovulasi (waktu subur). Apabila ovulasi berlaku dan telur dilepaskan untuk pensenyawaan, suhu badan akan naik sedikit daripada biasa.

Sebab itu mencatat suhu badan adalah salah satu cara berkesan untuk ibu cuba hamil mengira waktu subur ketika TTC.

Tanda tanda mengandung 9: Sakit payudara

Apabila berlakunya perubahan hormon, organ seksual juga akan mengalami perubahan.

Biasanya, pada awal kehamilan, wanita hamil akan mengalami sakit pada payudara yang jelas terasa apabila hendak mengelap badan atau memakai pakaian.

Tanda tanda mengandung 10: Kerap ke tandas

Sekiranya anda mula kerap ke tandas, anda mungkin sedang hamil. Jadi, tak lawas, perut tak sedap... dan sebagainya. 

Tanda awal mengandung 11: Hidung tersumbat dan selesema

Sistem tubuh badan kita dilengkapi dengan sistem kekebalan untuk mengelak jangkitan penyakit atau bakteria. Namun ketika hamil, badan akan mengalami satu perubahan pelik iaitu anda akan kerap demam, selesema dan hidung tersumbat.

Ini kerana sistem imun badan semakin kurang berkesan. Sistem imun ini akan dicegah daripada menyerang ataupun menolak janin yang sudah terbentuk. 

Sebab itu, bila tahu je hamil, masa buat buku mengandung, pasti vitamin C akan dibekalkan kepada ibu mengandung. 

Tanda tanda mengandung 12: Kembung perut atau sembelit

Ini adalah salah satu masalah biasa bagi wanita hamil.

Sama ada  mula mengalami kembung perut yang kerap atau mula mengalami sembelit. Pastikan banyak mengambil sayuran hijau!


Tanda awal mengandung 13: Kerap sakit kepala

Ibu yang hamil akan mudah mendapat sakit kepala kerana hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan badan.

Malah, sakit kepala ini juga mungkin disebabkan tahap gula dalam darah. Jika ia berlanjutan, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera!

Tanda tanda mengandung 14: Deria bau menjadi lebih sensitif

Tiba-tiba rasa semua bau lebih jelas dari biasa hingga membuatkan rasa tak senang dengan sesetengah bauan yang terlalu kuat. Bau sabun pun boleh muntah kengkadang kan.

Ia merupakan salah satu tanda anda hamil.

Tanda tanda mengandung 15: Perubahan warna pada faraj

Perubahan warna pada faraj antara tanda mengandung susah untuk perasan. Ia berlaku kerana peningkatan aliran darah di kawasan pelvis wanita. 

Bagaimana perubahan warna ini? Faraj  akan nampak "lebih gelap" berbanding biasa.


Tanda tanda mengandung 17: Kerap pening atau pengsan

Ini disebabkan badan sedang mengalami perubahan dan mungkin disebabkan terlalu penat dengan perubahan tersebut. Kerap pening atau pengsan juga adalah normal di awal kehamilan.

Tanda tanda mengandung 18: Pedih ulu hati

Selalu rasa pedih ulu hati, walaupun tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Itu mungkin tanda hamil! Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut. Ia menyebabkan terasa pedih di bahagian dada dan di bahagian belakang tekak.

Tanda tanda mengandung 19: Bengkak pada kaki (edema)

Sesetengah wanita alami bengkak pada kaki secara tetiba.

Tanda tanda mengandung 20: Peningkatan berat badan

Walaupun diet, berat tak berkurang. Ini juga tanda mengandung. Penulis sendiri pernah alami. Sekali dah 5 bulan dalam rahim... 

Antara tanda lain, berlaku kontraksi sederhana... sukar untuk tidur dan sakit belakang. Tanda-tanda ini adalah subjektif dan tidak semua wanita mengalaminya. Jadi, jika daripada 20 tanda awal kehamilan ni, kebanyakannya anda alami, bolehlah segera mencari UPT untuk kesahihannya. 

Jika anda memang menanti kehadiran si kecil, semoga 20 tanda awal kehamilan ini memberi senyuman untuk anda. 

Sekian, semoga bermanfaat.

0 Ulasan