بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Kuruskan Badan Bagi Wanita Berusia 30-an dan 40-an | Masa umur 20-an, waktu yang sangat mengancam. Kalau lihat fenomena #10yearschallege dulu... Rata-rata yang berbeza ialah perubahan bentuk badan.

Kenapa begitu?

Bagi wanita, jika dah masuk usia 30-an atau 40-an kahwin atau tidak pasti bentuk badan tu akan berubah juga. Tambah pula berat badan, pasti akan berlaku perubahan.

Kalau zaman 20-an, tak makan memang tak naik berat badan, tapi bila usia naik ke 30-an atau 40-an, mulalah... tak makan pun berat akan mudah naik.

Jadi, macam mana nak kawal berat badan bila dah berusia ni?


Ini caranya.... iaitu dengan amalkan K.E.R.A.S:

Cara Kuruskan Badan Bagi Wanita Berusia 30-an dan 40-an

Cara Kuruskan Badan Bagi Wanita Berusia 30-an dan 40-an

Apa itu K.E.R.A.S???


1. K = Kalori rendah

Kalori rendah Pastikan makanan kurang kalori. Makanan bergoreng tinggi kalori.

2. E = Elakkan makan diluar waktu makan.

Elakkan makan selepas maghrib. Jauhkan dari supper, mengopi dan mengeteh. Mengair-mineral sahaja.

3. R = Rancang menu

Rancang apa yang mahu dimakan. Bukan makan apa yang dihidang. Bukan makan apa yang ada.

4. A = Amalkan makanan segar

Amalkan pengambilan makanan segar. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran

5. S = Senaman

Senaman ini wajib. Buat masa sihat. Bukan setelah sakit.


Tips K.E.R.A.S ini bukan hanya untuk wanita. Lelaki juga... Cuma fokusnya pada wanita kerana wanita ni badannya banyak dipengaruhi hormon yang juga mempengaruhi emosi.

Semoga bermanfaat dan dapatkan kita amalkan untuk gaya hidup sihat hingga akhir usia.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar

0 Ulasan